Published on 8 December 2022 at 17:40

Yaacob Bin Abdul Hamid(Kiri) bersama ibunya Rahimah Hussain (Kanan) yang berumur 101 tahun  ketika ditemui  di rumahnya di Kampung  Sidam Kanan Padang Serai Kedah.

 

PADANG SERAI - Ramai warga emas tidak lepas peluang melaksanakan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia mengundi di Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai baru-baru ini.

 

Eshah Razali

Eshah Razali, 94, dari Kampung Tunku Putra, Kulim juga berbuat demikian.

PRU15 diadakan setelah seorang calon Pakatan Harapan (PH), M. Karupaiya yang bertanding di Padang Serai meninggal dunia pada 15 November lalu.

"Saya juga keluar mengundi seperti warga emas lain.

"Bila mencapai usia begini banyak masalah kesihatan ada tetapi semangat untuk memilih sebuah kerajaan bertanggungjawab, perlulah keluar mengundi," katanya ketika ditemui ketika mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Badlishah Kulim di sini.

 

Seorang lagi warga Emas, Ismail Mat Isa, 81, dari Kampung Tok Betok, Sungai Ular di sini berkata, dia tidak pernah terlepas dari mengundi setiap kali pilihan raya umum (PRU) diadakan.

"Kalau pengundi umur 18 tahun ramai keluar mengundi, sebagai warga emas, saya pun keluar mengundi.

                                                                               Ismail Mat Isa

"Harap-harap calon bila menang dapat menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa ambil berat terhadap warga emas," katanya ketika ditemui mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular di sini,

 

                   Siti Asa Abdul Hamid

Manakala Siti Asa Abdul Hamid, 70, dari Kampung Sidam Kanan berkata, dia di bantu oleh anak perempuan, Siti Zulhida Omar, 40, akan mengundi di Maktab Mahmud Kulim, Padang Serai.

"Saya menghadapi masalah mata dan susah hendak mengundi kerana tidak kenal calon PRU15.

"Ketika ini bukan alasan tidak mampu melihat, tambahan pula ini adalah satu tanggungjawab kepada negara," katanya lagi.

Bagaimanapun, Siti Asa berkata, ibunya, Rahimah Hussain, 101, tidak keluar mengundi di PRU15 kali ini setelah mengidap sakit tua, kencing manis, darah tinggi serta deman.

Adik Siti Asa, Yaacob Abdul Hamid, 64, pula berpeluang mengundi di Maktab Mahmud Kulim.

 

Calon tersenarai bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Parlimen Padang Serai, termasuk calon Barisan Nasional (BN), C. Sivaraj, Pakatan Harapan (PH), Mohamad Sofee Razak, Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin, Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Hamzah Abd. Rahman, Parti Warisan Sabah (Warisan), Mohd Bakhri Hashim dan calon Bebas, Sreanandha Rao.

 

Bagaimanapun calon Barisan Nasional (BN), C. Sivaraj dan Parti Warisan Sabah (Warisan), menarik diri dengan menyokong calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Sofee Razak.

 

Add comment

Comments

There are no comments yet.