Horizontal Marquee News ticker using Html & Css

Klon Morocco Juara Kejohonan Bolasepak  9 Sebelah Anjuran Pemuda Sidam Kanan

Published on 31 December 2022 at 17:40

Pasukan klon Morocco (ungu) dan Nigeria(hijau) beraksi di perngkat akhir  dalam kejohanan bolasepak 9 sebelah anjuran Pemuda Sidam Kanan.

 

Padang Serai-Pasukan Klon Morocco telah memenangi tempat pertama pertandingan Bolasepak 9 sebelah anjuran Pemuda Sidam Kanan dan Kelab Bolasepak Sidam Kanan di sini hari ini

 

Kejohanan yang diadakan dalam format liga itu,  disertai sepuluh pasukan  yang mengambil nama bersempena  pasukan dari asia dan  dunia .

 

Argentina, Brasil, Morocco, Jepun, Nigeria, Thailand, Korea Selatan , Mexico. Arab Saudi dan Itali  telah dipilih oleh penganjur pada kejohanan kali ini

 

Pemuda Sidam Kanan merupakan penganjur utama yang diketuai oleh Ahmad Cik Husin dan dibantu oleh  Kelab Bolasepak Sidam Kanan.   

Ahmad Cik Husin

Hisyam Ahmad

Pada Kejohanan ini beberapa pihak penaja telah tampil membantu, antaranya adalah En Hisyam Bin Ahmad yang merupakan penaja utama

 

 "Saya terpanggil untuk  menjadi penaja  pada kali ini,  kerana dengan adanya  kejohanan ini kita dapat memberi peluang  kepada  anak muda  agar mereka dapat mempamerkan kebolehan  atau skill yang terpendam selama ini.

 

"Selain daripada itu, ia juga dapat menghindarkan  diri daripada  aktiviti sosial  yang tidak sihat seperti merempit dan penyalahgunaan dadah,"katanya

Selain daripada Hisyam, turut sama menaja kejohanan ini adalah, Meon Asraf, Lajim Caltex Guar Lobak, Kamal Mart dan Yang Berhormat Dato' Azman bin Nasrudin Ahli Parlimen Padang Serai.

 

Dalam Kejohahan kali ini Maro telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan , manakala penjaring terbanyak adalah  Mamat ibrahim.Sementara itu  Rafiq Bin Razak(Mat Pit Razak) merupakan penjaga gol terbaik. 

 

Kesemua mereka merupakan daripada pasukan yang sama  iaitu Klon Nigeria

 

Pemain Terbaik-Maro

Penjaring Terbanyak-Mamat Ibrahim

Penjaga Gol Terbaik-Rafiq Razak

Selain daripada Klon Morocco berada di tempat yang pertama , pasukan Klon Nigeria  menduduki di tempat yang kedua yang diketuai oleh Sidi Karim, tempat  ketiga dimiliki oleh Klon Korea Selatan yang diketuai oleh Safuan Eto, manakala  Pakdin Awang Dan mengetuai Klon Argentina berada di tempat yang  keempat.

 

Nigeria -Tempat Kedua 

Korea Selatan-Tempat Ketiga

Argentina-Tempat Keempat

Hadiah merupakan  trofi, medal dan wang tunai  telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Azman bin Nasrudin Ahli Parlimen Padang Serai.

Ketua  pasukan Klon Morocco Yusaini Yunus( berdiri, tiga dari kanan) bersama Dato' Azman bin Nasrudin Ahli Parlimen Padang Serai (baju biru, tengah) dan penaja utama Hisyam Ahmad (baju hitam) selaku juara pertandingan selepas ditentukan  melalui sepakan penalti

Add comment

Comments

There are no comments yet.