Published on 19 August 2022 at 17:40

Pembinaan  surau baharu sedang dilakukan secara gotong royong oleh penduduk di Kampung Tanjung Luas Mukim Kupang, Baling.

 

BALING: Sebuah surau baharu menelan belanja RM120,000 kini hampir siap dalam pembinaan di Kampung Tanjung Luas Mukim Kupang, Baling di sini.

 

Pembinaan surau baharu bermula 4 Ogos lalu dilakukan setelah bangunan lama kayu-kayunya rosak di makan anai-anai.

 

Seorang penduduk kampung itu, Kuim Md. Nor, 60, berkata, surau lama dibina sejak tahun 1997 lagi.

 

"Banyak kayu di surau lama telah di makan anai-anai sejak tiga tahun lalu.

 

"Sehubungan itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Skuad Al-Ansar dari Masjid Jamek Minanatul Ilmi Kuala Ketil mengutip dana khas bagi menjayakan pembinaan surau tersebut," katanya ketika ditemui di sini.

 

Katanya, bila siap sepenuhnya di hujung bulan Ogos ini, ia boleh memberi manfaaf kepada penduduk di 48 buah rumah kampung itu.

Antara mereka yang melaksanakan pembinaan surau di Kampung itu

 

Seorang lagi penduduk di situ, Abdul Malik Md. Daud, 64, berkata, langkah diambil oleh NGO Skuad Al-Ansar bagi membina surau baharu di Tanjung Luas begitu bermakna sekali.

 

"Penduduk ambil peluang bergotong royong bagi menjayakan pembinaannya.

 

"Kampung ini terletak di tepi Gunung Inas dekat Kampung Iboi yang terlibat dalam tragedi banjir lumpur baru-baru ini dan gajah liar pun ada mencari makan di sekitar kampung ini," katanya.

Pembinaan surau telah mencapai 90 peratus dan dijangka boleh digunakan pada awal bulan hadapan.

 

Pengerusi Skuad Al-Ansar Masjid Madinatul Ilmi Kuala Ketil, Anuar Abu Bakar berkata, pihaknya begitu prihatin bila melihat bangunan surau itu dimakan anai-anai dan ia perlu dibina surau baharu agar lebih kemas dan cantik.

Add comment

Comments

There are no comments yet.