Horizontal Marquee News ticker using Html & Css

  Published on  5 December  2021 at 19:.00

 Sazalee (kanan) menunjukkan   pistol mainan yang digunakan dalam kes samun tersebut-foto IPD Kulim

seorang suspek berjaya diberkas oleh orang awan sejurus kejadian-sumber FB

Kulim-Semalam tular  di media sosial, seorang lelaki telah diberkas  oleh penduduk  Kampung Jeram,  Merbau Pulas,  Kuala Ketil, Kedah

Polis dalam kenyataan hari ini telah memaklumkan bahawa empat suspek telah diberkas  termasuklah yang telah ditangkap oleh orang awan semalam.

 

Suspek yang yang tidak ada kes jenayah lampau itu , berumur antara 24 tahun hingga 38 tahun, dimana 2 orang daripadanya adalah adik beradik.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Hj Adam berkata, dalam kejadian jam 8 pagi itu, suspek memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta mangsa membuka pintu rumah.

 

Bagaimanapun mangsa seorang wanita berumur 42 tahun  bersama anak saudaranya enggan membuka pintu.

 

"Apabila mangsa enggan membuka pintu,  suspek seramai empat orang telah menggunakan tukul besi berjaya memecahkan pintu belakang rumah tersebut

 

"Mereka kemudian masuk ke dalam bilik dan mengikat mangsa dengan pengikat kabel, lalu mengeledah almari di bilik mangsa dan menjumpai 2 utas rantai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim(IPD Kulim).

 

Menurut Sazalee , adik mangsa yang kebetulan baru pulang ke rumah menjerit meminta pertolongan, membuat suspek bertempiaran lari.Bagaimanapun dengan bantuan jiran, seorang suspek berjaya diberkas.

 

"Dengan maklumat yang telah diberi oleh suspek, polis berjaya menahan tiga  lagi suspek di Sungai Petani, jam 3 pagi tadi,"katanya

 

Polis juga menjumpai  semula 2 utas rantai milik mangsa  yang bernilai RM 10,000 dan merampas 3 pucuk pistol mainan  serta tukul

Sazalee  berharap orang ramai tidak membuat andaian sendiri  berkenaan tukul besi tersebut, dimana tukul tersebut adalah milik suspek yang digunakan untuk memecah pintu belakang rumah tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan

Add comment

Comments

There are no comments yet.