Horizontal Marquee News ticker using Html & Css

1 Januari  2022 2.00PM

Kuala Lumpur-Kerajaan Malaysia  menangguhkan buat sementara waktu ibadah umrah berkuat kuasa 8 Januari ini

 

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan,  Khairy Jamaludin Abu Bakar pada hari ini di Kuala Lumpur.

 

Menurut Khairy, kerajaan terpaksa mengambil keputusan ini untuk menggelakkan  daripada penularan varian Omicron

 

Katanya lagi, data yang diperolehi oleh Kementerian, menunjukkan bahawa 50 peratus kira-kira 32 kes daripada 64 kes varian Omicron berpunca daripada pengembara  yang baru pulang dari Arab Saudi.

 

Bagaimanapun jemaah umrah yang telah membuat tempahan  boleh meneruskan ibadah umrah mereka  sehingga tarikh akhir pada 7 Januari ini dan mereka perlu menjalani kuarantin wajib apabila pulang nanti.

 

"Jemaah yang baru pulang dari Arab Saudi perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh  Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bermula 3 Januari ini,"

 

Walau bagaimanapun jemaah yang pulang pada hari ini atau esok  boleh menjalani kuarantin di rumah dengan  memakai peranti pengesanan digital  untuk tujuan pemantauan.

 

Khairy juga turut  menafikan hanya jemaah umrah saja diwajikan untuk memakai peranti pengesanan digital.

 

"Kita bukan saja mewajibkan kepada jemaah umrah,  tetapi kepada semua pengembara yang pulang daripada  negara berisiko tinggi seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom

 

"Di Amerika Syarikat hampir  setengah  juta kes harian ,  manakala di United  Kingdom sebanyak 200 ribu kes harian dilaporkan," katanya kepada media, 

 

Kementerian Kesihatan(KKM) memaklumkan Institut Penyelidikan Perubatan(IMR) telah menjalankan ujian  PCR Genotyping Assay terhadap 1,077 sample dari 21 Decembar sehingga 29 December 2021.

 

Keputusan ujian pertama (presumptive)  mendapati 966 sampel berkemungkinan dijangkiti oleh varian Omicron, daripada 966 sample sebanyak 750 sample iaitu kira-kira 78 peratus datangnya daripada pegembara yang pulang dari Arab Saudi dan kini menunggu keputusan ujian jujukan penuh (WGS)

 

Dalam perkembangan yang berkaitan Khairy berkata,  kumpulan teknikal Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat berikutan ancaman penularan varian Omicron.

 

Kumpulan teknikal kementerian akan mengemukakan syor berkaitan kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) selepas kajian dimuktamadkan.

 

"Kita telah menerima berita itu, dan kumpulan teknikal sedang kaji dan selepas maklumat diperoleh, mereka akan buat syor kepada CITF seperti biasa.

 

"Sama ada mereka yang terima Sinovac-Sinovac-Pfizer ( dos penggalak)mesti dilengkapi dengan satu dos lagi. 

 

"Tetapi terlalu awal untuk buat kesimpulan buat masa ni. Tetapi kita tahu mengenai ujian tersebut dan sedang dikaji oleh kumpulan teknikal kita"katanya pada sidang media di Parlimen.

 

Add comment

Comments

There are no comments yet.